Walaupun telah terdapat bukti yang jelas, PAS mahu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyiasat Dr Kassim Ahmad dengan adil secara menyeluruh dan dilihat dalam pelbagai sudut.
“Kita harap Jawi kendali kes ini dengan adil. Kena lihat tahap kejahilan dia tentang Islam, bukan tahap kelemahan dia,” kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dipetik akhbar Sinar Harian.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas PAS Kawasan Jerai, semalam.
Sebelum ini, Kassim telah ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira jam 2.30 petang tadi di kediamannya dekat Kelab Golf Kulim.
Penahananan itu dibuat selepas Jawi mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.
Namun begitu, Kasssim dilaporkan enggan memberikan kerjasama dan memaksa pihak berkuasa agama memanggil pihak polis untuk mengambil tindakan menahan Kassim.
Sehubungan itu, Pemuda PAS Teregganu menyokong kenyataan Presiden PAS dan berharap hukuman yang adil dijatuhkan kepada Kassim Ahmad yang dikenali sebagai seorang ‘Anti Hadis’.
Ketuanya Ustaz Kamaruzzaman Abdullah erkata, pihaknya telah membuat bantahan dan laporan polis terhadap Kasssim pada bulan lalu ekoran kenyataan ‘sesat’ Kassim dalam satu Seminar yang di anjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
“saya dengar Kassim telah ditahan dan saya harap pihak berkuasa dapat siasat dan meenghukum beliau dengan adil, ini bab akidah. Bukan benda yang boleh dipermainkan,”ujarnya ketika dihubungi.
sepasukan 10 pegawai penguat kuasa JAKIM yang diketuai pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Anuar Salehuddin Mat Saad, dengan bantuan polis dan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Kulim pukul 12.30 tengah hari.
Di Kuala Lumpur, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan Kassim.
Katanya Kassim akan didakwa di Mahkamah Syariah Putrajaya hari ini atas dua kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
Beliau berkata dua kesalahan itu ialah menghina agama Islam dan melanggar fatwa.
“Kesalahan pertama, Dr Kassim akan didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Jenayah Syariah kerana menghina Agama Islam.
“Kesalahan kedua mengikut Seksyen 9 akta yang sama kerana melanggar fatwa ataupun arahan pihak berkuasa agama,” katanya dipetik astroawani.
Kassim mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan kasta paderi dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian pada 15 dan 16 Februari di Putrajaya baru-baru ini.
Kassim melalui tulisan dalam blognya telah menulis ucapannya pada 16 Februari, 2014 di dewan Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, mengakui beliau adalah ahli Umno.
“Semua orang tahu saya bermula sebagai seorang remaja berhaluan kiri berjuang untuk rakyat marhaen menentang parti kebangsaan Melayu, UMNO, yang pada waktu itu saya anggap reaksioner, walaupun akhirnya saya pulang ke akar ke-Melayuan saya dan memasuki UMNO,”tulisnya.
Antara kontroversi ucapan Kassim sebagaimana dalam catatan blog beliau itu adalah;
1. Umat Islam pada hari ini tidak mengikut ajaran-ajaran nabi Muhammad dalam Quran. Inilah kesilapan yang besar yang telah mereka lakukan. Mereka ikut satu kasta paderi yang dipanggil ulama, seperti penganut-penganut agama Hindu dan Kristian dulu. Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat khalifah rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri mereka sendiri sebagai pentafsir ugama kepada umat Islam.
2. Khususnya, kesilapan-kesilapan itu boleh saya senaraikan seperti berikut:
(a) Mereka mendewa-dewakan pemimpin ugama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka – apa yang dikatakan ‘penutupan pintu ijtihad’. Dalam puak ahli sunnah wal jamaah, empat pemimpin besar boleh dikenal pasti, iatu : Imam Shafi’e (767-820), Imam Hanafi (699-767), Imam Hanbali (780-855) dan Imam Maliki (711-795). Dalam mazhab Syiah, mereka ada imam-imam mereka pula. Imam-imam ini telah mereka dewa-dewakan berlawanan dengan perintah Tuhan melarang pendewaan seseorang pemimpin atau sarjana, dan, malah, berlawanan dengan ajaran imam-imam besar itu sendiri.
(b) Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. [8] Juga di kebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa ‘sa’al-Lallahu ‘alaihi wasallam’ (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut ‘alihissalam’. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran. [9] Juga perkataan ‘salla/yusalli’ bermakna ‘restu’, ‘bantu’ dan ‘sokong’, bukan selawat, seperti yang dibuat sekarang.
(c) Perhatikan satu perubahan baru dalam ‘aurat wanita. Perkataan ‘aurat’ berasal dari bahasa Arab. Ertinya ‘kebogelan’. Tiga puluh tahun dulu, wanita-wanita Islam tidak memakai tudung. Mereka pakai selendang, sehelai kain yang mereka letak di bahu, atau pun di atas kepala tanpa menutup semua rambut, kerana rambut bukan ‘aurat wanita. Menutup rambut dengan bertudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk. Dengan lain perkataan, ia tidak sihat. Anehnya, wanita-wanita yang bertudung menganggap diri mereka lebih suci!










