MARANG – PAS telah mengadakan persefahaman dengan parti-parti lain seperti dengan parti Negara tahun 1960, parti sosialis tahun 1964 dan tahun 1970 dengan parti Perikatan Umno, MCA dan MIC.



Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, dalam semua kerjasama itu, PAS tidak pernah rugi.
“PAS tidak pernah rugi, walaupun rugi dilihat dari segi kerusinya termasuk kejatuhan kita di Kelantan tahun 1978, jatuh kerajaan, tinggal 2 kerusi (dan) Terengganu kosong (tidak ada),


Kesan tersebut, katanya, dapat dilihat pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) lalu, apabila PAS Berjaya mengemukakan calon bukan sahaja di kalangan ulamak bahkan dari pelbagai profesyen.
Beliau yang juga Ahli Prlimen Marang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambil Menderma bagi mengumpulkan dana untuk PAS Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila dekat sini, Jumaat 21 Mac.



Katanya, walaupun dari segi kerusi dilihat PAS menang paling sedikit kerusi Parlimen pada PRU-13 lalu, namun PAS telah menyumbangkan undi popular terbanyak antara tiga parti dalam PR.
“barangkali ada orang yang merasakan kita rugi bersama Pakatan Rakyat………. mengikut pilihan raya baru baru ini, kita tidak rugi, walaupun mengikut perhitungan kerusi parlimen, PAS (hanya) mendapat 20 kerusi, PKR 30 kerusi (dan) DAP 38,


Keadaan itu berlaku, kata beliau, adalah keraa kejahatan Umno yang menekan perjuangan Islam dibawa oleh PAS, melebihi dari tekanan kepada parti-parti lain.
Menurutya, ketidakadilan dalam persempadan pilihanraya dan jumlah pengundi dalam satu-satu kawasan pilihanraya menyebabkan Barisn Nasional mendapat lebih kerusi terutamanya di Sabah dan Sarawak.





























