KUALA TERENGGANU – PAS kini bukan lagi parti ‘tok lebai’ dan sebuah ‘parti picisan’ yang hanya berperanan di pinggiran persada politik tanah air.


Khalid, wartawan dari bilik berita Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) berkata beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk bekerjasama dengan pemimpin PAS.
“bagi saya ia tiada masalah dengan pempinan PAS………saya cuma ingin kalau boleh, dapat kerjasama daripada pimpinan PAS,
“dari segi komen, benda ini (hubungan dengan pemimpin PAS) penting, kita tak nak tergantung…..,”ujarnya.


“setakat ini, kerjasama antara PAS dengan Sinar sangat baik…… tidak ada masalah, Kami ‘nuetral’ tidak memihak kepada mana-mana pihak, sebab (kami mahu) jadi medium merapatka parti dengan rakyat,”katanya.
Para petugas media itu berkata demikian ketika diminta menyuarakan pendapat mereka pada Majlis Malam Mesra Media Bersama Pemimpin PAS pada Jumaat lalu.


“Pesuruhjaya PAS sesi ini menggantikan YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut ialah YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, rakan-rakan boleh menghubungi beliau untuk mendapat komen atau pun apa-apa pandangan tentang isu-isu yang erlaku dalam negeri,”
“saya mewakili penganjur mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media yang hadir, kita mahu ada hubungan erat dengan rakan media,”jelasnya.


“pandangan saya, kalau ada sesuatu isu, kalau boleh, pihak PAS bagi ‘statement’ yang betul..………. bukan semua isu boleh buat dengan agak………..kalau bagi ‘statement’, kami akan uruskan.
“kalau boleh, masa jangan jurang sangat, (jangan) kalau seminggu baru ‘respons’, kalau boleh, sehari dua hari terus bagi ‘statement’, (jadi) nampak kita ambil berat tentang isu,”ujarnya.
Manakala dua orang lagi rakan media, Raduan dari Utusan Malaysia dan Baharo Bakar dari Berita Harian mahukan kerjasama yang lebih dari pemimpin PAS.
Kedua-dua mereka berharap, pemimpin PAS dapat menjawab panggilan telefon dari pihak media, atau sebaliknya, memberikan maklumbalas dengan cepat sekiranya, tidak dapat menjawab panggilan.





























