MARANG – Kejayaan PAS Terengganu menerajui pemerintahan pelbagai program dengan tema-tema untuk mengajak orang Terengganu mengundi parti itu dan ianya memakan belanja yang tidak sedikit, maka duit -duit ahli dan penyokong PASlah yang menjadi sumber utama.
Setiausaha PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang memuji mereka yang sentiasa bersedia menghulurkan sumbangan semata-mata ingin melihat PAS menang.
“Selepas kita gagal dalam Pilihan Raya Umum 2004, kita terus mengadakan pelbagai program dengan ‘tagline’ berbeza, PAS Ganti Umno, PAS Harapan Semua(HARAP) dari tiga bulan sekali kepada empat bulan sekali, itu semua memerlukan belanja yang banyak,”
“Duit ahli dan penyokong kita kutip melalui yang memainkan peranaantaranya jualan kupon-kupon, ” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Muslimat PAS Terengganu kali ke 53 di Dewan Tok Guru, Rusila di sini hari ini.
Beliau turut memuji muslimat yang memainkan peranan dengan baik di peringkat parti dan kerajaan dengan tanda aras(benchmark’) yang cukup baik.
“Menurut kajian Terengganu Strategic & Integrity Institute(TSIS), YB Zuraida(ADUN Ladang) merupakan ‘top three’ ADUN -ADUN yang menunjukkan prestasi yang baik.” katanya.





























