PAS Menang Bergaya PRU Ke-15

566

KUALA TERENGGANU – PAS dijangka menang bergaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan datang dengan perancangan dan strategi yang diatur di semua kerusi yang akan ditandingi bagi mengekalkan penguasaannya dalam kerajaan.

Naib Presidennya, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tidak mustahil bagi parti mencapai sasaran itu jika semua ahlinya, serta jentera parti bersiap sedia bagi menghadapi cabaran getir yang lebih besar.

“pada ketika ini telah berlaku perkembangan zaman yang memperlihatkan suasana politik sentiasa berubah. Namun kita perlu sentiasa berdoa agar perjuangan ini terus direstui oleh Allah dan juga perlu bersama meningkatkan istiqamah dan menambah perasaan yakin,

“berkat kekal berada dalam Jemaah kita telah mencapai tahap sebagaimana pada hari ini dimana turut berada di dalam kerajaan, kalau dahulunya orang tidak terfikir,

“PAS selalu disebut umpama pungguk merindukan bulan, tetapi Alhamdulillah melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera akhirnya punguk telah berjaya sampai ke bulan,” ujarnya.

Beliau berkata ketika berucap mewakili Pesuruhjaya PAS Kelantan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun PAS Ke-70 di Dewan Konvesyen, Taman Tamadun Islam (TTI) pada Ahad 12 Disember.

Timbalan Pesuruh Jaya (TPJ) Kelantan itu berkata, walaupun penyertaan ahli parti tersebut dalam kerajaan persekutuan adalah kecil namun ia telah memberi impak yang sangat besar.

“Ia amat signifikan dari segi politik dan kita berharap dengan permulaan ini kita akan berjaya menambahkan lagi kekuatan kita di dalam PRU akan datang serta akan menjadi komponen yang lebih gagal di dalam kerajaan yang dibentuk,”katanya.