PAS kini masih dan terus kukuh berbanding Parti Amanah Nasional (PAN) walaupun terdapat pimpinan mereka yang bertindak keluar dari parti.
Ia disahkan oleh penganalisis politik yang Md Shukri Shuib berkata, PAS tidak melihat PAN sebagai ancaman besar berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 kerana parti itu yakin dengan sokongan pengundi.


Jika dilihat, kebanyakan pemimpin yang bertindak keluar daripada parti adalah kerana mereka kecewa dengan PAS, tegas beliau kepada Sinar Online.
Menurutnya, PAS juga lebih bersedia menghadapi PRU14 berbanding dengan PAN yang dilihat masih bergantung pada Pakatan Harapan.
PAS masih lagi mendapat sokongan undi dari kaum Melayu, berbeza dengan PAN yang masih lagi ‘terkial-kial’ sedang meraih undi.
Namun begitu, pandangan beliau, PAN dilihat boleh meraih undi dari pengundi cina berdasarkan kerjasama parti tersebut dengan DAP.
Tambahnya lagi, keputusan PAS untuk tidak bersama Pakatan Harapan juga merupakan satu keputusan yang baik buat parti tersebut.


Selain itu, saf kepimpinan baru terdiri daripada mereka yang lebih faham akan perjuangan sebenar parti tersebut.
Menurutnya, PAS juga tidak lagi di dalam angan-angan mereka untuk meruntuhkan Umno dan kembali kepada perjuangan Islam.
Menurutnya lagi, perjuangan PAS juga tidak boleh disamakan dengan PAN kerana kedua-dua parti ini berbeza.
“PAN dilihat lebih mesra kepada DAP sehingga sanggup menerima syarat yang bercanggah dengan perjuangan PAS (Islam). Dalam erti kata lain, PAS adalah cawangan DAP dalam orang Melayu,”jelas Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.






























