PAS Mahu Letakkan Islam Di Persada Dunia

208

DUNGUN – PAS sebagai parti politik utama negara yang juga sebuah gerakan Islam ingin untuk meletakkan Islam di persada dunia.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh berkata kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) telah membangkitkan semangat kepada negara jiran, Indonesia.

“Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut bangkit Islam akhir zaman dengan pertolongan di sebelah timur (Asia Tenggara),

“Kemenangan PAS disebabkn oleh Allah Taala, dalam PRU15 dulu kita menang lapan kerusi Parlimen, kita jangan ‘ over confident’ sentiasa merendah diri dan tawaduk, apa yang ditanam itulah yang dituai.” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Dungun itu berkata demikian ketika dihubungi mengulas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Taman Permint Indah di sini pada 27 Januari lalu.

Ustaz Jamaluddin juga mengajak perwakilan dan pemerhati yang hadir supaya perkukuhkan dalaman parti dengan tarbiah dan dakwah

“Suburkan masyarakat dengan ‘amar makruf nahi munkar’ dan aktiviti keagamaan,

“serta santuni mereka untuk menjadi ahli PAS, Allah persoalkan kita apa yang kita buat semasa kita menang, menang bukan untuk dapatkan habuan, “ujarnya.