MARANG – Penjajah yang telah merancang kemerdekaan negara ini telah menubuhkan Umno dan memasukkan pemimpin berfikiran barat ke dalam parti itu.
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, PAS bersama Umno dan kelompok lain termasuk ‘gerakan kiri’ bersama-sama mendesak British memerdekakan Malaysia.
Namun kata beliau, apabila kemerdekaan diberikan mengikut acuan ‘Barat’, PAS memisahkan diri kerana PAS nahukan Iskam berdaulat, tetapi Umno menjadikan Islan ‘diperalat’.
“(yang) kita saksikan pada hari ini (Umno) sedang mengalami kegagalan………kegagalan politik, kegagalan ekonomi (dan) kegagalan membangun insan,”tegasnya.
Ahli Perlimen Marang itu berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan tersebut kali ke-32, di Dewan Tok Guru Rusila pada Sabtu, 30 April.
Oleh itu, kata beliau, negara kita kini sedang berdepan dengan kegagalan, kerana Umno menerima dasar dan konsep yang salah.
Menurutnya, ‘barat’ yang anti Islam telah gagal dalam percubaan mereka, mendidik anak-anak orang Melayu menjadi Kristian, kerana berlaku kebangkitan Islam.
“terlibat dikalangan ini menubuhkan PAS, melibatkan illmuan agama dan ilmuan barat, mendukung PAS melibatkan Dr. Burhanuddin Hilmi, Haji Anhad Fuad, Tuan Guru Haji Ahmad Al-Yunusi.
“melibatkan Prof. Ahmad Ibrahim, Aminuddin Baki, Prof. Ungku Omar……..tokoh-tokoh yang kita tahu namanya, mereka adalah pemimpin-pemimpin dibelakang penubuhan PAS,”katanya.
Bertitik tolak dari situ, kata beliau, PAS menjadi parti Islam dan menjalankan ‘tahaluf siyasi’ persefahaman dengan pelbagai pihak untuk menentang penjajah.
https://youtu.be/b_0qeplxvs4