PAS Mahu Bentuk Negara Bebas Korupsi

77

KUALA NERUS : Calon Perikatan Nasional Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak menegaskan, PAS mempunyai matlamat yang jelas dalam membawa negara Malaysia kearah yang lebih baik.

“PAS ingin meletakkan negara di atas landasan yang betul dan tidak mahu dipimpin dari mereka yang terlibat dengan rasuah serta bebas dari mereka yang ekstrem hingga menimbulkan huru hara dalam negara” ucap Dr Alias dalam Program Sepetang Bersama Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, semalam.

“Jika kita terlalu taksub dengan sesuatu kaum, mengetepikan hak kaum lain maka akan timbulkan perbalahan dan kekecohan. Kita tidak mahu menguulang peristiwa hitam tahun 1969 yang pernah berlaku sebelum ini kepada negara kita” tambah beliau.

Oleh itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu turut menyeru agar semua rakyat Kuala Nerus memilih Perikatan Nasional untuk terus memegang tampuk pimpinan dalam kawasan tersebut.

“ Marilah kita memberi undi kepada Perikatan Nasional untuk menjadi sebuah kerajaan baru yang boleh bersihkan segala masalah perkauman dan juga rasuah,”

Tambah beliau lagi, kemenangan Kuala Nerus perlu dikekalkan sepertimana kemenangan yang telah dicapai sebelum ini.

“Bagi mencapai tahap itu, Kuala Nerus perlu dimenangi, kita bukan merampas hak milik, tetapi ingin kekalkan kemenangan yang sedia ada selama 2 penggal sebelum ini,” ujarny.

Program yang diadakan di Perkarangan Pasar Batu Enam dilihat mendapat sambutan baik berdasarkan kehadiran dari ahli penyokong yang menunjukkan sokongan penuh kepada calon mereka.