PAS Kuat Jika Pasukan Kerja Bersepakat Dipimpin Tok Guru Haji Hadi

1253
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/abdul%20hadi%20awang.jpg

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Pendapat saya PAS perlu dengan segera kembali kuat untuk berhadapan PRU14, 3 tahun akan datang. Pada bahu pasukan yang dipilih Muktamar PAS Pusat Jun inilah tanggungjawab itu akan digalaskan.

Secara idealnya sesiapapun yg terpilih akan bekerja berpasukan untuk sama sama menjayakan perjuangan yang amanah kepimpinannya ditanggung oleh Presiden yg bertindak selaku Ketua Eksekutif.

Majlis Syura Ulama akan mengawal perkara2 dasar agar tidak berlaku sebarang kegelinciran dari sumber hukum utama yg dijunjung perlembagaan PAS iaitulah Quran, Hadis/Sunnah, Ijma’ dan Qias.

Mempunyai seorang ketua seperti Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden yang faqih agama, murshid, murobbi, mua’llim adalah idaman semua jemaah perjuangan Islam.

PAS beruntung setelah sejak evolusi sejarah perjuangannya berpeluang mempunyai kelebihan itu kerana adanya sumber-sumbar ilmuwan Islam yang bergiat di medan perjuangan PAS. Lalu sejak sekian lama gagasan Kepimpinan Ulama terbentuk dan sentiasa diperteguh.

Kerana itu didapati hubungan antara Majlis Syura Ulama (MSU) dan institusi Presiden PAS sentiasa dalam harmonis dan seiring geraknya hatta disaat2 ketika angkara permainan licik tertentu, fitnah besar UG melanda di mana ada ketikanya Presiden kelihatan seolah-olah tidak disenangi oleh Almarhum Mursyidul Am.

Dalam keadaan begitu Ustaz Abdul Hadi yang faqih tahu tanggungjawabnya mematuhi panduan oleh Mursyidul Am, MSU, maka dapat dilihat teladan yg telah dibuat, penghormatan besar diberi dengan tidak melanggar atau membuat sebarang gerak aksi atau kenyataan yang bercanggah.

Sehinggalah akhirnya bila nyata dan terang hakikat kebenaran yang sebenar dan terdedah permainan licik ‘players’ ini, maka rakyat semua dapat melihat perubahan pada Almarhum. Yang nyata tidak menyembunyikan kasih dan sayangnya kepada Tok Guru Haji Hadi yang dilihat bertambah-tambah malah dizahirkan dgn penolakan demi penolakan terhadap golongan pengacau ini termasuk dalam menentukan pengganti beliau sebagai Menteri Besar Kelantan.

Muktamar hanya tinggal kurang lebih 3 bulan. Parasit seperti PASMA dan yg sejenis dgnnya walau tidak mengaku ahli PASMA, dgn tajaan ‘pihak berkepentingan yg menaja’ mampu berbelanja besar melakukan jelajah negara bagi menyebarkan dakyah. Anehnya semakin ramai yg kian jelas apa sebenarnya peranan yg dimainkan PASMA. Kerana itu geram dan marah meningkat. Sokongan kepada Presiden PAS Ustaz Abdul Hadi bukan berkurang malah semakin memuncak.

Saya tak menjangkakan ada cabaran yang serius untuk kerusi Presiden. Walaupun mungkin ada, tapi besar kemungkinan gagal.

Rancangan kumpulan “saya semakin benci ulama PAS” ini sedang melobi perwakilan supaya akhirnya dalam AJK PAS Pusat semuanya dikawal mereka.

Agar Dato Seri Tuan Guru Hadi sekali lagi diperlakukan begitu rupa sehingga kelihatan lemah, tidak pandai.

Sekarang mula didendang irama simpati, islah, akhlak walau kita tahu permainan mereka tidak pernah berisi simpati, jauh dari etika dan akhlak, perosak. Permainan media-media tajaan dan pelbagai lakonan. Bukan baru tetapi sejak bertahun-tahun sebelum PRU13 lagi.

Ini bukan soal profesional lawan ulama’.

Tok Guru Haji Hadu pun selama ini didokong Profesional.

Yang penting semasa muktamar, pastikan pilihan AJK Pusat agar beliau dibantu professional dan ulama yg ramai diluar sana yang jauh lebih berwibawa yg boleh membantu menjayakan kepimpinan Presiden untuk meletakkan PAS dihadapan. Bukannya di belakang.

Professional yang membuatkan PAS berada di belakang adalah mereka yang ‘regresif’ dan mundur ke belakang, sentiasa suka bermain nakal di belakang, hanya mahu duduk di belakang Anwar, PKR, DAP dan tak mahu PAS yg berada di hadapan.

Profesional yang progresif sepatutnya mahu PAS maju ke hadapan.

Soal konservatif tidak timbul kerana Islam ditampuk kejayaan bila teguh berprinsip dan inilah contoh-contoh teladan perjuangan yg telah berjaya. Pragmatik boleh dipraktik dalam lingkungan dasar dan prinsip.

Berhubung cadangan supaya dilantik Presiden dari kalangan mereka dan agar Tok Guru Haji Hadi dilantik sebagai Musyidul Am. Saya walau sebutir habukpun tak percaya mereka akan ikuti teladan hubungan seperti ditunjuk oleh Tok Guru Haji Hadi dengan almarhum Tok Guru Nik Aziz.

Malah MSU akan dilayan setaraf mufti sekarang yg ikut suka UMNO mahu diikut ataupun tidak.

Mungkin juga kerana sudah ada syura lain diluar PAS yg jadi mastermind mereka selama ini yg akan terus mereka jadikan rujukan.