Terengganu, Malaysia

PAS Kuala Nerus Turun Berbekalkan Tenaga Berpengalaman Bantu Misi PN di PRN Melaka

PAS Kuala Nerus Turun Berbekalkan Tenaga Berpengalaman Bantu Misi PN di PRN Melaka

KUALA NERUS – PAS Kuala Nerus menyatakan komitmen untuk menggerakkan tenaga petugas berkemahiran dan berpengalaman bagi membantu jentera Perikatan Nasional (PN) menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, khususnya dalam usaha merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Haji Hamidi Jusoh berkata, pihaknya akan menghantar antara 15 hingga 20 petugas bagi setiap gelombang sebagai tanda kesungguhan jentera kawasan itu membantu gerak kerja pilihan raya di Melaka.

“Penugasan adalah memberikan tumpuan kepada kempen ziarah dan penyampaian bahan penerangan kepada masyarakat setempat yang dijadualkan berlangsung mulai 30 Oktober hingga 14 November ini.

” Kita melihat ini merupakan tanggungjawab membantu jentera di Melaka sebagai satu amanah gerakan yang memerlukan komitmen, pengalaman serta penyelarasan petugas bagi memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan baik.

“Insya-Allah kita hantar 15 hingga 20 orang setiap gelombang. Kempen ziarah dan bahan kempen bermula 30 Oktober hingga 14 November. Insya-Allah dapat merampas DUN Bukit Katil khususnya,” jelasnya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

PAS Kuala Nerus Turun Berbekalkan Tenaga Berpengalaman Bantu Misi PN di PRN Melaka

Hamidi turut menyatakan keyakinan terhadap peluang PAS di Bukit Katil dengan mempertaruhkan calon yang disifatkannya mempunyai profil dan kemampuan tersendiri, iaitu Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, yang mewakili PN bagi kerusi berkenaan.

Menurut beliau Ridzuan, 42, merupakan pilihan yang tepat kerana mempunyai pengalaman dalam kepimpinan Pemuda PAS termasuk pernah memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya serta Bendahari Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia.

“Kita diberikan tanggungjawab membantu menjaga UDM Tun Rahah dengan kerjasama jentera dari Hulu Terengganu dan Dungun, sekali gus memperlihatkan penyelarasan tenaga antara kawasan bagi membantu gerak kerja PRN Melaka,” ujar beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan