PAS Konsisten Memperjuangan Hak Rakyat

1314

PAS Selangor, khususnya para pemudanya, telah menngadakan bantahan secara aman dibeberapa buah lebuh raya di negeri itu, ekoran kenaikan kadar tol yang diumumkan kerajaan Umno-BN semalam.

demo tol selangor1Turut sama ‘turun padang’, menyertai ‘demo’ tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor.

Beliau berkata, PAS konsisten dalam membela hak rakyat negara ini, dalam suasana kondisi ekonomi yang semakin memburuk.

“Kenaikan tol, kenaikan harga minyak, inflasi, kejatuhan nilai ringgit, salahurus tadbir, rasuah yang semakin menggebu adalah mercutanda kegilaan regim Umno-BN,

“PAS akan terus menjuarai isu rakyat, menjadi jurubicara ummah serta siap menggalang peranan sebagai parti dan gerakan yang paling berdisiplin dalam menyusun kekuatan massa,”ujarnya yang bersama dengan kumpulan bantahan di Plaza Tol Guthrie, Shah Alam.

demo tol selangorBeliau menyeru rakyat supaya membuka mata dan minda dan mengubah pemerintahan negara bersama PAS pada pilihan raya kali ke-14 akan datang.

“Rakyat wajib membuka minda dan mata mereka seluasnya, melihat kebejatan dan kebobrokan regim BN yang seakan hilang punca dalam mengurus amanah .

“PAS dengan kepelbagaian ahli dan konpetensi yang ada pada pimpinannya, bersiap untuk mengambil alih pemerintahan negara ini, apatah lagi didokong dengan ratusan jaringan sivil yang mempunyai pelbagai kepakaran,”jelasnya.

Beliau yakin, BN semakin nazak dan semakin hilang fokus, maka rakyat sewajarnya mendokong aspirasi PAS untuk mengurangkan bebanan hidup mereka.