PAS Komited Menang Parlimen Kemaman

2967

Oleh: Khalid Abdullah

KEMAMAN – PAS Kawasan Kemaman menyambut baik hasrat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang meletakkan sasaran memenangi kerusi Parlimen Kemaman pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) nanti.

Yang Dipertuanya Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para petugas sangaat membertangsangkan bagi merealisasi hasrat baik itu.

“Sasaran itu cukup relevan dengan realiti politik di Kemaman sekarang, malam tadi kita melancarkan jentera pilihanraya peringkat Dun Chukai,

“kehadiran hampir 500 petugas parti yang bersedia turun ke lapangan untuk berkhidmat,”kata beliau ketika ditemui sebelum menghadiri mesyuarat bulanan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pagi ini.

Menurut beliau, PAS sudah lama bersedia untuk menggantikan Umno dan Barisan Nasional bagi mengambil tampuk pemerintahan di negeri dan negara ini.

Oleh itu, katanya, beberapa langkah telah digerakkan untuk memastikan kemenangan akan disambut selepas PRU14 nanti.

“Sekarang ini PAS Kemaman susun beberapa program dan mula mengerakkan jentera pilihanraya menurut garis panduan dan arahan negeri,

“untuk merealisasikan hasrat tersebut,” tambah beliau lagi (gambar kiri).

Pada Jumaat lalu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat telah memberikan aku janji untuk menyumbang kemenangan dua lagi kerusi parlimen, nagi memenangkan PAS.