Cawangan-Cawangan PAS di kawasan Klang dan juga PAS Kawasan Klang akan menghantar laporan tatatertib ke Pejabat Setiausaha Agung PAS di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Menurut Setiausahanya Mohd Prasad Bin Hanif, ia dibuat kerana keprihatinan kawasan terbabit terhadap isu salah-laku melibatkan kerja-kerja pengkhianatan yang didakwa dirancang dan dilakukan oleh seorang pemimpin kanan PAS bersama beberapa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.


“Sejak itu memorandum berkenaan telah pun dimuat-turun oleh pihak media termasuklah media sosial dan menjadi pengetahuan umum. Pertuduhan-pertuduhan yang terkandung di dalam memorandum berkenaan sangatlah serius tambahan ia melibatkan pembocoran rahsia parti,”ujarnya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Prasad berkata, cawangan-cawangan dan PAS Kawasan Klang telah bermesyuarat secara berasingan dan memutuskan agar PAS Pusat menjalankan suatu penyiasatan yang menyeluruh sebagaimana diperuntukkan oleh Fasal 82 Perlembagaan PAS.
Katanya, laporan salah laku itu akan diserah pada jam 10 pagi pada hari tersebut.
“dimaklumkan bahawa pada hari Khamis 26hb Februari 2015, 10.00 Pagi bertempat di Pejabat Agung Pas Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur,”tambahnya


























