Oleh : Khairul Nizam Abdullah
KUALA NERUS – PAS Seberang Takir melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan satu program lumba kereta ‘ Sprint Test & Jom Sahur Bersama MB’, yang akan diadakan malam bulan Ramadan.
Acara perlumbaan yang bakal berlangsung pada 16 Jun diadakan di Terengganu International Drag Strip, Gong Badak, bermula jam 11 malam dan berakhir jam tiga pagi itu.
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang membina litar lumba di dalam kawasan yang padat dengan penduduk dilihat tidak begitu cerdik.
“Litar itu tidak sepatutnya di bina disini tapi bagaimana kerajaan boleh fikir buat litar di tengah kawasan penempatan yang padat penduduk?,” soal beliau.
“Sepatutnya ia di buat di tempat yang agak jauh daripada orang ramai supaya tidak menggangu ketenangan penduduk yang sedang berehat,
“Walaupun mungkin di buat penghadang bunyi tetapi itu tidak memadai untuk menyelesaikan masalah”, tegasnya.
Program seumpama itu, jelas Ustaz Zakaria, tidak begitu sesuai dengan keadaan bulan Ramadhan sendiri di mana umat Islam berpuasa pada siang harinya dan pada malamnya pula sibuk melakukan ibadat.
“Bunyi bising yang memekakkan telinga akan menggangu tumpuan untuk kita beribadat di mana saya sendiri mengalami pengalaman ketenangan malam di’cerobohi’ bunyi bingit dari litar lumba,
“Walaupun jarak rumah saya dari litar sekitar satu kilometer lebih namun bunyi bising jelas kedengaran dan menggangu penduduk sekitar terutamanya anak-anak kecil,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika di temui semasa program Kacau Bubur Lambutk anjuran MTD Seberang Takir di perkarangan Masjid Kampung Batin, pada Saabtu 10 Jun, disini.
Acara tahunan PAS Seberang Takir ini diadakan setiap bulan Ramadhan dengan para petugas dan masyarakat kampung bergotong royong memasak bubur lambuk.
“Pada tahun ini sebanyak enam periuk kita masak dan dianggarkan dapat 1000 bekas untuk diagihkan kepada penduduk dan masyarakat sekitar Seberang Takir,
“Kita akan bahagikan di dua lokasi . Satu di Kampung Telaga Daing dan satu lagi di kampung Tok Jembal,” jelas Ustaz Zakaria.
Menurutnya, program bagi bubur lambuk yang di buat ini adalah hasil sumbangan orang ramai dan di harapkan ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara petugas PAS dengan masyarakat kampung.
“Saya ucap ribuan terima kasih bagi pihak Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir pada semua petugas -petugas kita, cawangan -cawangan yang terlibat hari ini terutama pada cawangan Kampung Batin,
“Dan juga kepada pihak Masjid Kampung Batin sendiri yang bersedia memberikan tempat untuk kita memasak dan kepada semua sekali yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan program ini,
“Semoga ianya menjadi satu amal jariah kita kepada masyarakat dan orang yang hendak berbuka puasa, mudah -mudahan Allah balas dengan sebaik -baik balasan,” harap beliau.












