PAS Kawasan Kemaman Kutip RM250K

186

Oleh : Shuraya Kmn

KEMAMAN – Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kemaman berjaya mengutip dana sebanyak RM250 ribu bagi mengisi tabung Pilihanraya Umum (PRU) yang ke 15 pada satu Majlis Makan Malam

Yang Dipertuanya, Yang Berhormat Ustaz Che Alias Hamid mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua penyumbang, ahli dan penyokong PAS di Kemaman.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua penyumbang diatas komitmen dalam menjayakan majlis kutipan dana ini terutama semua ahli PAS di Kemaman.

“PAS Kemaman memerlukan dana sebanyak RM300 ribu bagi menghadapi PRU15 yang akan diadakan dalam masa yang terdekat ini,” ucapnya.


Beliau yang juga sebagai Ahli Parlimen Kemaman berucap dihadapan kira- kira seramai seribu orang penyokong dan ahli PAS pada majlis tersebut yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman pada 29 September lalu.

“Infaq ini amat perlu untuk kita terus teguh bagi mempertahankan pemerintahan kerajaan PAS Negeri Terengganu dengan agenda yang telah dirancangkan mengikut landasan Islam,” ujarnya.

Turut hadir sebagai perasmi adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, YB. Datuk Hj. Marzuk Shaary, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB. Datuk Hj. Awang Hashim dan semua Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman.