Oleh : Che Ana
KUALA NERUS – Walaupun tidak memerintah tapi PAS selaku sebuah jamaah Islam dan parti politik, mengambil berat dan menyelesaikan masalah rakyat setakat termampu.


“Dengan adanya kuliyah agama di surau dan di masjid, PAS dapat membimbing seterusnya melahirkan masyarakat yang baik dan menjadi pemimpin yang boleh dicontohi dan diteladani,
‘”Saya masih ingat pesanan Tuan Guru Haji Hadi jaga kuliyah dan selalu ke majlis ilmu . Kita jadikan imam sebagai contoh pemimpin yang baik untuk kita ikut, melaksanakan perintah Allah mendapat bahagia di dunia dan jauh dari azab api neraka “ujarnya. .
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program YB Cakna Rakyat Di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, dekat sini, pada Sabtu 5 Mac.


“kita berhak menjadi manusia yang baik dan mempunyai kerja yang baik (berkat) tanpa riba
“Dengan adanya ilmu ugama, Allah bagi ilham kepada pemimpin untuk buat kebajikan……kita antara orang-orang yang diuji sedikit kesusahan,”jelas beliau yang menambah, Islam yang akan menyelamatkan kita.
Justeru katanya, PAS bukanlah kerajaan, tetapi PAS berbuat kebajikan dengan bantuan duit poket penyokong bagi membantu ramai rakyat, yang sedang menanggung bebanan dari segi kesakitan dan kesusahan.


“Sepatutnya tiada diskriminasi atau pilih kasih kerajaan BN terhadap rakyat………yang sokong dapat habuan yang tak sokong dipinggirkan,
“Bila jadi kerajaan kena bantu tak kira parti………tu hak rakyat untuk pilih pemimpin dari parti mana,”tegasnya, ketika berucapbdalam majlis yang sama.
Menurutnya, ada masalah dengan sistem ekonomi yang diamalkan kerana walaupun harga minyak turun, tetapi harga barangan dan perkhidmatan tidak berubah.


“In syaa Allah PAS cuba selesaikan dengan kemampuan yang ada dan (saya tegaskan) program ini juga bukan untuk pilihanraya tapi kita bergerak setiap masa……..buat kerja berterusan untuk bantu masyarakat,”katanya.
Jelasnya, program tersebut adalah kali kedua yang akan dilaksanakan bersama antara MTD Seberang Takir dengan Ahli Parlimen pada setiap awal bulan.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung ialah kuliah subuh, minum pagi bersama rakyat, konvoi motor, pertandingan mewarna,ziarah al-mala’, sumbangan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan dan cakna orang muda.





























