PAS Ingin Menyatukan Seluruh Ummah

365

ALOR SETAR – Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyatukan seluruh ummah khususnya umat Islam yang ada bukan hanya penyatuan bersama Umno dan Bersatu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato Ustaz Husin Awang berkata parti itu mengambil sikap hendak mengekalkan kesatuan.

“Kita hendak berbaik dengan sesiapa sahaja dan bekerjasama dengan sesiapa, demi Perpaduan Ummah,” ujarnya.

Ustaz Husin berkata demikian ketika ditemui di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68 di Kompleks PAS Kedah di sini hari ini.

Beliau turut mengulangi pendirian bahawa PAS Terengganu sentiasa menyokong dan berdiri teguh dengan setiap keputusan PAS Pusat.