PAS Hargai Kebaikan dan Kecemerlangan

1140

MARANG – PAS prihatin nasib penduduk yang kurang berkemampuan sekitar Kampung Rusila dekat sini serta menghargai pencapaian para pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan tahun lalu.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kita perlu bersyukur dan menggalakkan kemerlangan serta menghargai perkara baik yang dilakukan.

IMG-20150704-WA0161“kesempatan yang di kurniakan oleh Allah SWT (ini), kita perlu bersyukur dan kita digalakkan untuk membuat amalan yang baik dan mengumpulkan pahala yang banyak,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyampaikan sendiri sumbangan tersebut kepada penerima dalam majlis yang di adakan di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) al-Itqan di sini pada Sabtu 4 Julai.

Ustaz Hadi dalam ucapannya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang menjayakan ‘kerja amal’ tersebut.

“Mereka adalah orang yang memberlanjakan harta menolong orang secara terang atau secara sembunyi masa senang atau susah, dan orang yang dapat menahan marah ketika marah. Mereka itulah yang tuhan menjanjikan pahala yang besar,”jelas beliau.

Sehubungan itu, Ketua PAS cawangan, Cikgu Daud Jusoh berkata, program tersebut merupakan sumbangan kepada masyarakat kampung dan sembilan pelajar anak jati kampung Rusila yang memperolehi pencapaian cemerlang.

IMG-20150704-WA0163“Seramai 142 orang dan seramai 9 orang pelajar cemerlang (telah diberi sumbangan dan) sumbangan berbentuk wang tunai serta keperluan harian,

“sekampit beras 10 kilo, manakala untuk pelajar cemerlang menerima duit poket sebanyak RM170 untuk keperluan mereka melanjutkan pelajaran kelak,”ujarnya ketika ditemui.

Dalam perkembangan yang lain, Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu turut mengadakan Majlis Sumbangan Ramadhan dan Hari Raya kepada Guru-guru dan kakitangan Sekolah-Sekolah DAR (Rendah Islam) seluruh Negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat telah merasmikan majlis yang diadakan di Dewan Tok Guru, Perkarangan Masjid Rusila.