PAS Harap Pertikaian Dalaman Umno Diselesaikan Sebaiknya

179

KUALA TERENGGANU – PAS berharap ‘pertikaian’ diantara kem Presiden Umno dan kumpulan menyokong Perdana Menteri diselesaikan dengan segera dan sebaiknya.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai YB Haji Hanafiah Mat berkata, PAS bimbang politik ‘berjerebu’ itu akan menimbulkan polemik dalam suasana rakyat menghadapi kesukaran ekonomi.

“kita memberi sepenuh kepercayaan supaya kenaikan harga keperluan makanan diturunkan secepat mungkin,

“kemudian barulah boleh diadakan pilihan raya umum ke-15,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Ceramah Perdana, Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) di Padang Astaka Chukai, pada Khamis 23 Jun.

Menurutnya, seluruh rakyat Malaysia berharap agar tidak berlaku banyak ‘permainan politik’ (politicking) yang menyusahkan dan rakyat dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni.