PAS Dungun, Pejabat Agama Jalin Kerjasama

174

Oleh : Afiq Fahmi

DUNGUN – PAS Kawasan Dungun mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Agama Daerah Dungun untuk menjalinkan kerjasama dalam memastikan kesejahteraan kepada umat Islam dalam Daerah Dungun.

Yang Dipertua PAS Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang mengetuai kunjungan berkenaan berkata kunjungan tersebut lebih kepada membina hubungan dan kerjasama antara Pas Kawasan Dungun bersama Pejabat Agama Dareah Dungun.

“Pertemuan bersama Pegawai Agama Dearah Dungun, Ahadi Othman dan kakitangan pejabat agama membincangkan isu semasa serta fungsi dan peranan jabatan agama dalam ruang membantu masyarakat setempat,”ujarnya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun menulis demikian menerusi hantaran ‘facebook’nya di sini, semalam.

Menurutnya, mereka juga sempat membincangkan hal – hal berkaitan isu agama dan umat Islam khususnya di Dearah Dungun.

” Jutaan terima kasih diatas kesudian menerima kunjungan kami. Semoga Allah terus merahmati usaha dalam memastikan Islam terus tersebar dan terpelihara di Dungun ini,” ujarnya lagi. .