PAS Dungun Antara Tiga Kawasan Termaju

244

DUNGUN – Parti Islam SeMalaysia(PAS) Kawasan Dungun adalah antara tiga kawasan termaju di Terengganu selepas Marang yang mengungguli di tempat pertama dan diikuti Kuala Terengganu berada di tangga kedua.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang yang menyatakan demikian turut menamakan Kuala Nerus di tempat keempat dan Kemaman kelima atau keenam.

“Dengan terbinanya bangunan tambahan ini maka PAS Dungun bertambah maju,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu PAS Kawasan Dungun yang disempurnakan oleh Presiden PAS, Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang serta turut disaksikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Awang Hashim, Timbalan Pesuruhjaya II, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan Yang Dipertuan PAS Kawasan itu, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Sehubungan dengan itu Ustaz Wan Hassan memberitahu bangunan baharu itu akan dibina bersebelahan Bangunan PAS yang lama dengan kos RM1 juta.

“Kerja-kerja pembinaan bangunan empat tingkat yang mempunyai lif itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan.

” Dengan adanya bangunan baru itu nanti kerja – kerja operasi Pilihan Raya Umum ke 15(PRU15) akan dapat diperkemaskan dan ditingkatkan.” katanya.