PAS Diam Rosliza Murtad?

222

Semalam telah heboh satu Malaya berkenaan berita seorang wanita bernama Rosliza Ibrahim telah ‘dibenarkan menukar agamanya’ oleh Mahkamah Persekutuan yang dibicarakan di hadapan sembilan orang hakim, diketuai oleh Ketua Hakim Negara YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat dengan keputusan 7-2.

Tajuk sebegitu telah disebarkan oleh sebahagian mahkluk yang tidak faham cerita dan mahu menimbulkan isu. Kes Rosliza Ibrahim semalam yang dibicarakan di mahkamah semalam, adalah sama dengan kes Nyonya Tahir yang diisytiharkan bukan Islam dahulu. Ambil kata kunci ‘diisytiharkan bukan Islam’. Kes ini bukannya kes ‘membenarkan’ murtad atau keluar dari Islam.

Pada tahun 2006, Nyonya binti Tahir atau nama Cinanya Wong Ah Kiu telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Seremban sebagai bukan Islam dan mayatnya diserahkan kepada keluarganya untuk disemadikan mengikut kepercayaan Buddha.

Mendiang telah hidup dalam suasana bukan Islam semenjak 80 tahun. Mahkamah Syariah Seremban telah membuat keputusan yang sangat baik dan tepat dan mendapat pujian Pak Lah, PM ketika itu, dengan penyerahan mayat itu kerana ia adalah masalah kesilapan teknikal, bukan kerana mendiang telah memeluk Islam dan mahu keluar Islam.

Kes Rosliza Ibrahim pula juga hampir sama. ‘Bapanya’ seorang muslim, tidak pernah berkahwin dengan ibunya seorang Buddha dan dia adalah anak tidak sah taraf. Oleh itu ‘bapanya’ itu tiada hak ke atasnya. Dia pula tidak menjalani kehidupan sebagai orang Islam tetapi didaftarkan oleh ‘bapanya’ itu sebagai Islam. Kes Rosliza ini adalah rentetan kes pada tahun 2015, cuma baharu sekarang ia diselesaikan.

Atau lebih senang diberikan contoh sebegini. Seorang lelaki telah secara teknikal tersalah dicatatkan jantinanya di dalam surat beranak sebagai perempuan. Adakah ia dikira menukar jantina atau dia cuba mengembalikan kepada kedudukan asal apabila berusaha mendapatkan semula jantina sebenarnya untuk disahkan di dalam dokumennya iaitu lelaki?

Bagi orang yang faham, itulah yang sebenarnya perjuangan yang mesti dibuat si lelaki itu, mendapatkan balik apa yang sepatutnya. Dia bukan cuba menukar jantinanya, dia memang lelaki sejati. Dan kepada pembenci PAS pula, mereka akan mengatakan PAS ketika menjadi kerajaan, telah membenarkan penukaran jantina seorang perempuan kepada lelaki dengan kes ini sebagai rujukan.

Oleh itu jika ada sesiapa yang mengatakan bahawa PAS membenarkan murtad berlaku ketika PAS menduduki kerajaan sekarang ini, mintalah dengan mereka statistik permohonan murtad yang telah diluluskan bermula Mac 2020 sehingga hari ini, kerana PAS hanya bersama kerajaan bermula tarikh itu.

Jika mereka gagal mengemukakan bukti tuduhan mereka itu, dan pasti mereka gagal memberikannya, maka, ambillah buluh runcing, dan tikamlah di bawah tapak kaki mereka itu. Mereka ini anak beranak Jason King yang suka membuat huru hara bagi merampas kerajaan PN yang ada.

Eh bukan ke PN yang rampas kerajaan PH? Eh, engkau ni, tak tahu ke Tommy Thomas dengan Tun Mahathir tengah berlawan sekarang, dia kata Tun yang letak jawatan dan sebabkan Kerajaan PH jatuh? Habis semua pimpinan PH masuk campur, turut hentam Tun, kata Tun yang menjatuhkan PH. Tak disebutpun PN yang rampas kerajaan. Seronok PH dapat penyokong yang benak. Ikut jer apa yang PH kata.

Mohd Nasir Abdullah
6 Februari 2021