Terengganu, Malaysia
Pendapat

PAS dan PDRM Sama-sama Berkhidmat Untuk Kesejahteraan Masyarakat

20160325_111400

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan masyarakat berpisah tiada, begitu jualah Polis Jabi dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) Jabi juga berpisah tiada kerana Kita sama-sama berkhidmat demi kesejahteraan masyarakat dalam ruang lingkup yang berbeza.

Meneliti kembali senarai panjang pelbagai program yang pernah dilangsungkan oleh PAS Jabi sejak dulu lagi, kita tak pernah mempunyai masalah dengan anggota keselamatan.

20160325_111445Malah mereka sentiasa bersedia menghulurkan pertolongan serta khidmat selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukan undang-undang.

Tentunya semua ini amat kami hargai. Sempena Sambutan Hari Polis ke 209, semalam 25 Mac 2016, PAS Jabi mengadakan kunjungan hormat ke Pondok Polis Jabi.

Kunjungan dengan matlamat untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih serta menyambung silaturrahim antara masyarakat PAS Jabi dengan anggota keselamatan.

Disambut mesra oleh anggota PDRM bertugas, Koperal Che Shaari yang mesra dipangging Abang Yie di kalangan masyarakat setempat Jabi. “Lama tak jumpa doktor…” Sapanya mesra.

20160325_111609Koperal Che Shaari mengakui bahawa beban tanggungjawab bagi menjaga keamanan dan ketenteraman di Jabi semakin mencabar serta berharap agar perancangan untuk menaik taraf Pondok Polis Jabi menjadi sebuah Balai Polis dapat direalisasikan segera bagi membolehkan PDRM memberikan khidmat yang lebih baik kepada masyarakat.

Kunjungan ini turut disertai Puan Fatimah Jusoh, Ketua Muslimat PAS Jabi, Mohd, Sidek Idris, Bendahari PAS Jabi, Penolong Setiausaha PAS Jabi Norisabri Ismail dan Mohd Syafiq Abdul Halim serta Mohd Rosdi Ibrahim, AJK PAS Jabi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan