PAS Cawangan Agih 200 Pek Makanan Asas

83

Oleh : Akid Hafriz

KUALA TERENGGANU – PAS Cawangan Bukit Depu dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Kampung Bukit Depu telah mengagihkan sebanyak 200 pek makanan asas kepada mereka yang memerlukan.

“Pihak kami telah menerima sumbangan daripada seorang hamba Allah ini dan beliau minta pihak kami untuk menguruskan agihan sumbangan ini,” kata wakil pihak Surau Kg. Bukit Depu, Mohd Nasir Rasidi ketika ditanya pemberita.

Jelasnya, seramai 150 orang penerima telah dipilih dalam program agihan ini manakala selebihnya diagihkan kepada madrasah-madrasah dan PASTI-PASTI yang berdekatan.

Program agihan yang diadakan di Surau Kampung Bukit Depu itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Mohd Soud Said.

Program tersebut juga telah menempatkan petugas-petugas dari kalangan pemuda PAS cawangan Bukit Depu bagi memastikan segala urusan berjalan lancar dan Standard Operating Procedure (SOP) terjaga.