Oleh : KAM
DUNGUN – PAS bukan sebuah parti yang memebeza-bezakan rakyat dan telah terbukti dalam pemerintahannya di Kelantan serta Terengganu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS I Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat mengingatkan kembali masyarakat Tionghua di negeri ini yang diberi layanan adil oleh kerajaan PAS Terengganu.
Katanya, sepanjang tempoh satu penggal PAS memerintah Terengganu dari tahun 1999-2004 tidak berlaku sebarang diskriminasi parti itu.I
Ini kerana, katanya ajaran Islam tidak membenarkan berlaku zalim dan tidak adil kepada rakyat termasuk di kalangan non-muslim.


“Kita (PAS) tidak pernah halang hak beragama dan berkebudayaan untuk masyarakat Cina. Mereka juga boleh tanya kawan-kawan Cina di Kelantan, apakah kerajaan PAS khianat terhadap warga Tionghua di Kelantan.
“Kita (di Terengganu) ada agihkan lot-lot tanah kepada rakyat termasuk masyarakat Tionghua tetapi ‘dirampas’ kembali oleh pemerintahan Umno-BN selepas itu,” jelasnya.
Justeru, katanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini PAS Kawasan Dungun bukan sahaja mahu mengekalkan kemenangan lalau tetapi berusaha merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.


“Kita, PAS di Terengganu ini ada 15 (kerusi) Dun sekarang (termasuk satu PKR) pembangkang. Jika (dapat) 16 kerusi seri tidak boleh memerintah tapi jika 17 kerusi, kita (PAS) boleh memerintah (Terengganu).
“Sekarang Umno-BN 17 kerusi dan kita (pembangkang)15 kerusi Dun di Terengganu. Kita (PAS) hanya memerlukan dua Dun sahaja lagi untuk memerintah negeri ini dan bukan suatu benda yang mustahil,” tegasnya dihadapan 400 warga Tionghua.





























