Oleh : Zulshawal
BATANG SADONG – Dengan mempertandingkan 11 kerusi dalam PRN Sarawak ke 11, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dapat memadamkan tanggapan masyarakat di sini PAS adalah parti semenanjung.
Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz ketika ditemui di Markaz PAS Sadong Jaya.


“ramai yang termakan. Namun setelah 20 tahun kita bertapak di bumi Sarawak dan pada kali sebanyak 11 DUN kita bertanding. Dengan sendirinya menidakkan fitnah yang disebarkan oleh Barisan Nasional,” ujah Ustaz Nik Mohamad Abduh.
Beliau yang mengetuai rombongan Jelajah Pimpinan Pemuda PAS menambah lagi, mungkin untuk PRN Sarawak yang akan datang PAS akan menambah lagi kerusi untuk dipertandingkan.
“PAS membawa mesej yang jelas kepada semua rakyat, PAS bukan sahaja untuk rakyat yang beragama Islam tetapi juga untuk mereka bukan Islam. Ini yang membezakan kita (PAS) dengan parti lain,”tambah beliau.


Turut bersama dalam rombongan tersebut Timbalan KetuaPemuda, Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi, Naib Ketua Pemuda, Ir. Hj Khairil Nizam Khirudin, UstazAfnan Hamimi Bin Taib Azamudden, Setiausaha Pemuda, Mohd Nazree bin Abd Aris, Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia.
Sehubungan itu, Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapan meminta kepada semua jentera pilihanraya N24 Sadong Jaya agar memahami matlamat sebenar perjuangan parti PAS.


“Jika matlamat hanya untuk memenangi pilihanraya sahaja, dibimbangi kita akan kecewa jka kita tidak menang. Namun jika matlamat kita memasuki pilihanraya ini untuk mencari keredhaan Allah, menang atau kalah kita tidak terkesan. Perkara yang paling penting bagi petugas adalah menjaga hubungan kita dan Allah,”jelas Ustaz Muhammad Khalil yang juga Ketua Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pemuda Malaysia.




























