PAS Buat Laporan ‘Billboard’ Menghina

1391

SUNGAI BESAR – PAS Kawasan Sungai Besar telah mengarahkan jenteranya membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkait ‘billboard fitnah’

Yang Dipertuanya, Ustaz Mohd Fadzin Taslimin menegaskan, ‘papan tanda besar’ itu adalah sabotaj untuk memburuk-burukkan PAS.

Menurutnya, telah berlaku pergaduhan antara kaum Cina di kalangan penyokong DAP dan Barisan Nasional (BN).

“Peristiwa petang tadi pun saya tidak mendapat maklumat yang jelas tetapi oleh kerana melihat billboard tadi adalah sabotaj untuk memburuk-burukkan PAS itu sendiri, yang mana PAS dianggap akan bergabung dengan BN,

“Kita akan buat laporan kepada SPR dan polis, billboard ini satu penghinaan dan tuduhan ini yang tidak sepatutnya,”jelas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pihak media ketika ditemui selepas ceramah kempen PRK Sungai Besar di Terminal Rakyat Sungai Panjang, semalam 8 Jun.

Pemidato khas yang hadir dan menyampaikan ucapan ialah Presiden IKATAN, Tan Sri Abd Kadir Sheikh Kadir.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Fadzin yakin, calon PAS Dr. Abdul Rani Othman akan mendapat sokongan semua pihak, termasuk dari kaum Tionghua.

“kita masih berkeyakinan bahawa orang Cina, (masih menyokong) tidak semua Cina tidak sukakan PAS. Ada antara mereka yang rasa dukacita bila berlakunya peristiwa ini.

“Cuma kita masih berkeyakinan lagi tidak semua cina tidak suka kepada PAS,”kata beliau.

https://youtu.be/HTTAcMasvUw