PAS Besut Ucap Terima kasih Kepada Kerajaan Negeri

1168

KUALA TERENGGANU- PAS Besut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana telah memberi sumbangan pakaian sekolah kepada 12 ribu pelajar di kawasan tersebut.

Setiusahanya, Cikgu Salahuddin Jaafar turut menghargai semua organisasi yang menjayakan agihan bantuan itu.

“Syabas kepada Dewan Pemuda Pas dan kakitangan i- Mits yang bertungkus lumus membuat persiapan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, sumbangan tersebut akan diagihkan kepada mereka yang berhak menerima tidak lama lagi.

“Pelajar yang layak di daerah Besut akan mendapat sumbangan uniform sekolah seperti baju, seluar, kasut dan beg sekolah,” tambah beliau.