PAS Besut ‘Berkhidmat Untuk Semua’

1172

BESUT – Hampir setiap hari PAS kawasan ini, mengadakan aktiviti menziarahi warga Besut yang sakit, uzur atau pun ditimpa musibah serta kematian, tanpa mengira latar belakang dan kecenderungan politik.

kam3322(e)-ziarah5Menurut Yang DiPertuanya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, empat buah hospital yang pasti dilawatinya termasuk Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Hospital Daerah Besut, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Krian dan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.

“Inilah aktiviti rutin yang dilakukan oleh kami, dengan slogan ‘Berkhidmat Untuk Semua’ aktiviti ziarah pesakit, yang uzur atau kematian tersebut akan dibuat hampir setiap hari,

“mana-mana individu warga Besut diziarahi walau pun di kalangan ahli serta penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN),” ujar beliau, yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

kam3322(c)-ziarah3Namun begitu, ada kalanya, walaupun ia adala program parti, namun kata beliau, dibuat tidak menonjolkan PAS secara terang-terangan bergantung kepada suasana.

“Jika tidak atas nama parti (PAS) pun saya buat atas nama NGO (Badan Bukan Kerajaan) yang kita ada untuk mendekati para pesakit yang pelbagai latar belakangnya.

“apa yang penting mesej kita (parti) sampai, sebab orang kenal siapa saya (mewakili PAS Besut) dan kita dapat dekati semua orang tanpa mengira fahaman politik PAS, Umno atau yang berkecuali (bebas),”jelas beliau.

Katanya, sambutan yang diterima daripada masyarakat dan individu yang diziarahi itu amat positif