PAS Bersama Masyarakat Raikan Hari Kebangsaan

196

KUALA TERENGGANU – PAS bersama 300 orang penduduk sekitar Seberang Takir menyertai program 10,000 ribu langkah merdeka, sebagai simbolik sambutan hari kebangsaan.

Setiausaha PAS kawasan Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang berkata, acara tersebut menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan yang diraikan.

“Program pada hari ini nampak meriah dengan penyertaan yang baik dari ahli komuniti dan kita dapat berjalan santai dalam jarak lebih kurang jarak 4.8 kilometer melalui enam buah kampung-kampung disekitar komuniti kita,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Seberang Takir berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program, di perkarangan parkir Masjid Kampung Seberang Takir, pada 20 Ogos yang lalu.


Menurutnya, anatra program yang sedang diadakan seperti kempen kibarkan jalur gemilang di kediaman dan premis perniagaan serta kereta supaya menaikkan lagi semangat kemerdekaan dikalangan rakyat dan ahli-ahli komuniti.

“Di samping itu mungkin program lain kita sedang atur melalui masjid seperti ceramah , kuliah yang berkaitan dengan kemerdekaan untuk diberi diberi kefahaman masyarakat erti kemerdekaan sebenar.

“Dan penyertaan serta penglibatan mereka sama dalam usaha yang dibuat oleh kerajaan dalam memartabatkan keluarga Malaysia,” ujar beliau.

Justeru itu, program sebegini sangat bagus kerana dapat mengeratkan dan menyatukan hubungan ahli keluarga dan masyarakat.

“Dapat kerjasama dapat berusaha bersama-sama dengan semua dapat bantu membantu dan dapat melahirkan hubungan erat antara ahli komuniti,” tambah beliau lagi.