KUALA NERUS – PAS yakin gejala masalah sosial mampu di atasi jika kita semua memainkan peranan penting berganding bahu untuk mengatasinya.
Pengarah Majlis Tindakan PAS Dewan Undangan Negeri Seberang Takir (MTD)Ustaz Zakaria Dagang berkata, kerjasama dari semua anggota komuniti tanpa mengira latar belakang adalah sangat perlu bagi memerangi gejala negatif tersebut.


“In Shaa Allah , kita mampu menangani dalam usaha membanteras masalah sosial dan gejala penagihan dadah yang semakin serius sekarang,
“pertemuan ini banyak berbincang tentang pekembangan yang berlaku dalam komuniti kita sekarang dan usaha yang telah dibuat melalui peranan anggota komuniti termasuk kami daripada PAS sendiri,
“yang mengambil tanggung jawab dalam usaha untuk membanteras gejala sosial dalam kawasan kita,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Santai Hi-Tea dan ‘Talk’ Komuniti Teluk Ketapang di sini semalam, pada Ahad 6 November.
Hadir sama ialah Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Dato’ Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus Ustaz Abdul Hadi Harun.
Beliau berharap segala saranan baik dalam Majlis tersebut dapat dilaksanakan dan selaku Penolong Setiausaha PAS Terengganu itu yakin, usaha yang berterusan oleh semua pihak boleh mencapai suasana harmoni.
“(kususnya) dalam kampung kita…………walau tidak secara keseluruhan sekurangnya ia dapat mengurangkan gejala yang ada akhirnya boleh mempengaruhi perkembangan generasi muda,”tegas beliau.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah AADK Dato’ Dr. Abd. Halim yang sudi hadir ke Seberang Takir dan bersyukur kerana usaha AADK yang dilaksanakan di DUN tersebut.
“usaha ini dapat maklumbalas yang baik dari pihak Dato’ Dr. Halim dan beliau berpuas hati serta memuji langkah-langkah yang diambil komuniti di sini dan boleh dijadikan model di tempat lain dan ini memberi satu semangat untuk kita terus berusaha,
“Terima kasih kepada Dato’ yang sudi bertandang kepada kami, semoga menjadi semangat dan motivasi kepada kami dalam membendung gejala buruk ini,”tambah beliau.


























