Terengganu, Malaysia

PAS Belum Putus Kerjasama Majlis Perundingan Rakyat Terengganu

Tahap Keselamatan Perairan Malaysia Perlukan Penjelasan Kerajaan

DUNGUN – Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, PAS belum menerima apa-apa surat jemputan dari pihak kerajaan Terengganu berhubung cadangan Meneri Besar mahu menubuhkan Majlis Perundingan Rakyat.

IMG-20140815-WA0074“Kita setakat ni tiada jemputan apa-apa lagi. Jadi kita tengok dululah,”ujarnya ketika ditemui selepas melawat kerja-kerja gotong royong yang dilaksanakan oleh sukarelawan PAS membina sebuah rumah untuk seorang ibu tunggal di sini.

Beliau berkata demikian ketika memberi maklumbalas berhubung janji Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang berjanji akan melantik wakil-wakil rakyat PAS untuk duduk bersama dalam Majlis yang menurut Razif akan ditubuhkan.

Sehubungan itu, Ustaz Saiful yang juga ADUN Paka menyarankan agar kerajaan menyelesaikan isu-isu utama membabitkan rakyat, seperti isu rampasan tanah dan pendidikan.

“Tapi apa yang kita hasratkan (harapkan) kerajaan Terengganu ni, dia buat apa yang dia cadang dahulu. Apa-apa yang melibatkan isu-isu rakyat kita tengok biar dia buat.

“Apa yang berlaku contohnya rampasan tanah, melibatkan isu pendidikan dan sebagainya, saya rasa dia patut buat dahulu, buktikan dahulu. Kita tak nak dia cakap sahaja lah,”ujarnya.

IMG-20140815-WA0072Razif pada sidang media di majlis rumah terbuka Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus dua minggu lalu mengulangi pendiriannya untuk mengubah negeri Terengganu dibawah pentadbirannya.

Ketika awal pelantikannya sebagai MB, ADUN Seberang Takir itu berjanji akan mengkaji perlaksanaan dasar kerajaan negeri yang tidak menguntungkan rakyat Terengganu.

Bercakap tentan program gotong royong membina rumah, Ustaz Saiful berkata, pihak Majlis Tindakan DUN Paka memutuskan untuk membantu ibu tunggal tersebut yang ditimpa kesusahan.

Suaminya telah meninggal dunia akhibat penyakit leukimea, meninggalkan lima anak yatim tinggal menumpang di rancangan tanah Felda Kerteh (1).

Rumah asas seluas 720 kaki persegi mempunyai tiga bilik dan dua bilik air itu dibina dengan kos RM 30,000, hasil sumbangan orang ramai.

Termasuk rumah yang sedang dibina itu, sembilan buah rumah telah dibina oleh pihak MTD Paka sejak selepas pilihanraya kalimke-13, pada Mei tahun lalu.

“saya rasa Razif dia patut buat dahulu, buktikan dahulu (janji beliau)……….. Kita tak nak dia cakap sahaja lah.

“Setakat ini, surat jemputan (Majlis Perundingan Rakyat) tak sampai lagi. Jadi kita tunggulah (dan tengok) macam mana,”katanya yang belum memutuskan, samada PAS akan memberikan kerjasama kepada cadangan Meneri Besar itu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan