Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar (LATAS) bersama PAS Cawangan Teluk Bidara telah berjaya membina dan menyiapkan sebuah ‘wakaf’ baharu yang sekian lama dinanti-nantikan oleh para nelayan di kampung tersebut.
Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berharap agar, premis yang dibangunkan untuk kegunaan orang ramai itu dapat memberi keselesaan.
ia juga, kata beliau, akan memudahkan nelayan dalam komuniti itu ketika membuat persiapan sebelum dan selepas turun ke laut, menangkap ikan.
“Semoga dapat dimanafaatkan sepenuhnya apa yang o penduduk di sini telah usahakan untuk meningkatkan lagi hasil tangkapan seharian,” ujarnya.
Ustaz Wan Hassan berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis ringkas Perasmian Wakaf Baharu Teluk Bidara di sini pada 1 November.
Beliau turut menyampaikan hadiah satu unit lampu tumpu (sportlight LED) kepada cawangan Teluk Bidara untuk dipasang di wakaf tersebut.
Sempena majlis itu juga seramai 30 orang menerima sumbangan barang dapur dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang, Alias Harun juga turut sama hadir.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar, Zakaria Tahir memuji PAS Cawangan Teluk Bidara yang banyak membantu menjayakan pembinaan wakaf ini secara gotong royong.