PAS Bandar Akan Bina Pusat Tarbiyyah

2044

KUALA TERENGGANU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar akan membina sebuah Markas Tarbiyyah yang akan menempatkan pejabat bagi PAS DUN tersebut dan menjadi pusat semua akitivitinya.

Pengarahnya Ustaz Ahmad Shah Mohamed berkata, lokasi bangunan itu telah dikenalpasti dan operasi pembinaannya akan dimulakan selepas bulan Syawal.

“saya nak mengambil kesempatan juga nak memaklumkan juga bahawa kita berada di hadapan tapak yang kita cadang untuk bina Markas Tarbiyyah DUN Bandar.

Ahmad shah“Ini antara tempat yang kita dah kenal pasti in sha Allah lepas pada hari raya ini kita akan mula operasinya,

“dan tempat ini kita menjangkakan yang kita nak jadikan sebagai tempat program parti, sama ada program keilmuan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jamuan Idulfitri DUN Bandar di Kuala Hiliran pada Sabtu 23 Julai.

Katanya, pusat tersebut akan dimanfaatkan oleh parti khususnya dan menjadi penghubung antara PAS dengan masyarakat setempat.
Oleh itu beliau menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama dengan PAS DUN Bandar bagi membangunkan dan memajukan kawasan yang terletak di sebelah medan tempat Jamuan hari raya itu diadakan.

“kami menyeru kepada tuan puan untuk bersama-sama dengan kami memajukan tempat ini yang kita anggarkan operasinya bermula sebaik sahaja selesai bulan syawal ini.

RAYA DUN BANDAR1“Kepada yang ingin memberi sumbangan, kami mengalu alukan sumbangan mudah-mudahan Markas Tarbiyyah yang kita idamkan ini dapat kita bina dalam keadaan sempurna,”jelasnya.

Justeru itu, kepada mana-mana individu atau pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Setiausaha atau Bendahari.

“kalau sekiranya kedua-dua ini tidak dapat dihubungi, boleh lah merujuk kepada saya atau jawatankuasa DUN yang lain.

“Bagi kami, sumbangan tuan dan puan sangat berharga. Walaupun tidak banyak, tetapi besar di sisi agama dan besar di sisi kami,”tambahnya.

https://youtu.be/M0cRoYIUP9U