PAS anjur sidang meja bulat isu Mesir

978

PAS memanggil satu Persidangan meja bulat berhubung jenayah perang yang sedang rakus dilakukan oleh tentera Mesir merampas kuasa dari Presiden Mohamad Morsi yang dipilih secara demokratik.

Persidang tersebut sedang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob PAS turut menjemput wakil-wakil NGO, politik dan diplomat untuk berbincang mengenai konflik di Mesir itu.

Antara yang hadir adalah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Dato’ Mustafa Ali dan Pengerusi Lujnah Antarabangsa Dato’ Kamaruddin Jaafar.

Salahuddin berkata, PAS akan mengemukakan hasil sidang tersebut sebagai satu deklarasi yang dipanggil sebagai Deklarasi Kuala Lumpur.

Sehingga ke hari ini dipercayai sudah lebih 4,000 nyawa yang tidak berdosa telah dibunuh oleh tentera Mesir sewaktu tragedi berdarah menyuraikan kem batahan di Rabia al-Adawuyah dan an-Nahdah di Kaherah pada 14 Ogos lalu.

-Berita lanjut menyusul-