PAS Ambil Peduli Kesukaran Rakyat

482

DUNGUN – Parti Islam SeMalaysia (PAS) sangat ambil peduli kesukaran dihadapi rakyat yang terputus mata pencarian setelah Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dilaksanakan bermula sejak 22 Januari lepas.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan (DUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, dengan kerjasama Lajnah Kebajikan DUN dan PAS Cawangan, program bantuan ‘Sekampit Beras Seekor Ayam’ dapat diteruskan,

Katanya, jadual agihan mengikut Unit Daerah Mengundi (UDM) menjayakan agihan yang telah dimulakan sejak beberapa tahun lalu.

“Terserah kepada cawangan-cawangan dalam UDM bagaimana kaedah yang hendak diguna pakai untuk mengagihkan sumbangan berkenaan,

“memandangkan kita masih dalan PKP Bersyarat perlu menjaga dan mematuhi Tatacara Pengendalian Piawai (SOP)”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini hari ini, mengulas aktiviti terkini, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut.

Menurutnya, sehingga kini seramai hampir 800 orang penerima daripada dua UDM yang melibatkan enam cawangan.

“DUN Rantau Abang mempunyai 12 UDM dan 28 cawangan. Ada cawangan mengagihkannya dari pintu ke pintu dan ada juga secara ‘self pick-up’ di tempat yang ditetapkan,” ujarnya.