PAS Akan Kumpul Semua Kes Salah Laku BN Pada PRU-13

604
http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/orang%20ramai%20malam%20keputusan.jpg

Beliau berkata, PAS akan mengumpulkan semua kes melibatkan salah laku yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum yang ke-13 semalam untuk dinilai dan diambil tindakan lanjut.

Sementara itu, beliau meminta ahli dan penyokong PAS menerima ‘sementara’ keputusan pilihanraya yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia semalam.

“dalam pilihanraya ini (kali ke-13) kita menemui banyak salah laku yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) InsyaAllah kita akan kumpulkan (dari) seluruh negara semua salah laku Barisan Nasional dan kepimpinan akan membuat sesuatu keputusan,

“marilah kita menerimanya sementara waktu dengan sabar dan InsyaAllah dalam masa seminggu, sekiranya ada rezeki, kita akan panggil semua (ahli dan penyokong untuk berhimpun di sini,”ujarnya.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/ceramah%20kesyukuran.jpgBeliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan pilihanraya bagi kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS dinegeri Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini lewat malam Isnin, 5 Mei. [Lihat Video]

Beliau mengumumkan akan mengadakan majlis makan kesyukuran dalam masa seminggu dan menjemput semua ahli, para petugas dan penyokong PAS untuk hadir beramai-ramai.

Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengucapkan ribuan teria kasih kepada seluruh rakyat Terengganu yang membantu kempen dan mengundi calon-calon PAS.

Oleh itu, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mewakili BPPNT menjemput seluruh rakyat Terenggau dijemput menghadiri ‘Kenduri Kesyukuran’ yang akan diadakan pada hari Rabu 8hb Mei 2013.

Menurutnya, Majlis tersebut akan bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang di perkarangan Masjid Rusila.

Katanya, satu ceramah perdana sempena ‘Kenduri Kesyukuran’ itu akan diadakan di sebelah malamnya dan antara penceramah yang akan berucap adalah Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dan Timbalan Presiden Haji Muhammad Sabu.