PAS Agih 500 Ekor Ayam, Beras

486

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Sebanyak 500 ekor ayam bersama-sama 500 kampit beras telah diagihkan di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang oleh Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Kawasan Dungun dan Majlis Tindakan DUN(MTD) Rantau Abang.

Pengarah MTD Rantau Abang, Cikgu Alias Harun memberitahu, agihan telah diambil perjalanan oleh Ketua PAS Cawangan-cawangan kepada golongan yang terjejas pendapatan ekoran Pelaksanaan Perintah Kawalan Sepenuhnya(‘Total Lockdown’).

“Kita memperuntukkan 18 orang penerima, setiap cawangan di mana mereka menerima seekor ayam dan sekampit beras,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Menurut Cikgu Alias yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Dungun, 500 ekor ayam tersebut adalah hasil sumbangan masyarakat Dungun menerusi Tabung Dungun Prihatin yang ditubuhkan oleh PAS Kawasan Dungun bersama Parlimen Dungun.

“Jadi pihak MTD ‘top up’ beras.. jadi berbanyak-banyak terimakasih kepada pihak Dungun Prihatin dan kepada semua petugas – petugas PAS DUN Rantau Abang sehingga sumbangan – sumbangan sampai kepada penerima-penerima,” katanya.

Ujarnya lagi, sumbangan itu adalah bantuan awal dan pihaknya akan menyegerakan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 3.0 yang diumumkan kerajaan PAS Negeri Terengganu baru – baru ini.

Disamping itu juga, katanya, MTD telah memperuntukkan barangan keperluan kepada mereka yang terpaksa dikuarantin di rumah masing-masing.

“Kita menyediakan sebanyak 10 penerima di setiap cawangan jika ada yang terlibat dengan kuarantin, mereka tidak dapat keluar untuk mendapatkan barang-barang keperluan, jadi pihak Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan akan menghantar ke rumah mereka,” jelasnya.