KEMAMAN – Pasukan sukarelawan dari Jawatankuasa Tindak Banjir PAS Kemaman bersama agensi terlibat banjir Majlis Keselamatan Negeri Terengganu akan memasuki Kampung Air Putih dekat sini yang tekah terputus hubungan sejak dua hari lalu.
Sejak Selasa 3 Disember, Kampung Air Putih yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Chukai telah ditenggelami air keseluruhannya, dan terputus dengan hubungan jalanraya.
Pengarah Jawatankuasa Tindak Banjir PAS Kawasan Kemaman, Haji Zulkifli Mat Yakim berkata, beliau bersama ‘Pasukan Tindak Kecemasan’ (Emergency Response Team) telah b erbincang dan bersepakat dengan pusat operasi banjir di Pejabat Daerah Kemaman untuk masuk menghantar bantuan ke kampung tersebut.
“kita telah berbincang dengan pihak pusat operasi banjir Majlis Keselamatan Negeri yang beroperasi di Pejabat daerah Kemaman,
“dan kita telah bersetuju akan sedaya upaya mencari jalan untuk masuk ke kampung air putih pada pagi esok (hari ini),”ujarnya ketika ditemui lewat malam semalam Rabu 4 Disember selepas mengadakan pertemuan dengan Pegawai Eksekutif MKN di Pejabat daerah Kemaman [Gambar]
Menurutnya, pasukan tersebut akan dibantu oleh Unit Amal PAS Kawasan Marang yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Muhammad Khalid Abdul Hadi.
“‘Team’ Amal Marang bersama ketuanya Ustaz Khalil akan membawa dua buah bot yang lebih besar pada jam 7 pagi esok,
“InsyaAllah, kita akan mulakan operasi merentasi arus Sungai Kemaman yang agak deras untuk sampai ke Kampung Air Putih,”ujar Haji Zulkifli yang juga berasal dari Kampung tersebut.
Beliau memohon seluruh ahli dan penyokong PAS serta mereka yang prihatin, mendoakan kejayaan usaha menyelamat tersebut dan