Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menasihatkan pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 menuju ke Kuala Terengganu untuk mengelakkan Plaza Tol Gemuruh kerana aliran lalu lintas yang sangat sesak.
Deretan kenderaan dilaporkan sepanjang regangan hampir 10km dari plaza tol tersebut.
Oleh itu, para pemandu yang datang dari arah Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang dicadangkan menggunakan jalan susur keluar seperti yang di Ajil dan di lokasi lain.
Keedaan trafik tidak berkurangan dan semakin ‘berat’ kerana cuti Hari Raya Puasa pada hari Jumaat dan Sabtu.
Negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu mempunyai hari cuti mingguan mereka pada kedua-dua hari, dan mereka mendapat cuti Ahad dan Isnin sebagai hari cuti gantian.










