Tanah Palestin Bermaruah Tidak Boleh Dijual Beli

1134
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/mahmud%20Abbas%20sekutu%20BN.jpg

Dalam mesyuarat minggu ini di Washington, negara Arab membentangkan inisiatif pelan damai 2002 di mana Israel dan Palestin mungkin perlu bertukar tanah bagi mewujudkan penjanjian damai.

Bercakap di hadapan beratus-ratus umat Islam di sebuah masjid di Semenanjung Gaza semalam, pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh berkata, orang-orang Arab tidak sepatutnya membuat sebarang keputusan untuk mereka.

“Apa yang dipanggil inisiatif oleh negara Arab ini kita perlu tolak dan tidak siapa boleh menerimanya,” kata Haniyeh.

Katanya lagi, inisiatif yang ditawarkan Liga Arab itu hanya memberi banyak kelebihan kepada pihak Israel dan membahayakan mereka terutamanya kepada rakyat Palestin yang berada dalam buangan.

Sehingga kini, Hamas enggan mengiktiraf hak Israel dalam menuntut semua wilayah di antara Mediterranean dan Sungai Jordan.

“Palestin bukanlah harta yang boleh ditukar milik untuk ditukar dan tidak boleh dijual beli,” tegas Haniyeh. [Gambar Pengerusi parti BN Malaysia, Najib Razak merupakan sekutu kepada Mahmoud Abbas yang bersetuju dengen pertukara tanah Paalestin dengan Israel]

Haniyeh berkata Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat yang diketuai oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, adalah dalang untuk inspirasi kedudukan berlembut Arab kerana Mahmoud bersetuju dengan keperluan untuk pertukaran tanah dengan Israel.