Pahala Dakwah Lebih Dari “Skim Cepat Kaya”

1144

Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU – Pahala mengajak orang menyertai perjuangan islam, melebihi dari “Skim Cepat Kaya” yang dijalankan untuk mengaut keuntungan yang tinggi.

Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN Batu Buruk,Ahmad Firdaus Hamdan berkata hasil daripada kerja-kerja dakwah ini akan terus-menerus sehingga akhirat kelat berbanding megahnya Skim Cepat Kaya yang bermodalkan sedikit tetapi untungnya lumayan,

“Saya nk minta tolong sahabat-sahabat untuk mencari sahabat-sahabat diluar sana untuk menyertai jemaah kita ini.

“Apabila kita mengajak orang menyertai gerak kerja islam nescaya kita dapat pahala yang berjalan selagi orang itu meneruskan perjuangan yang kita ajari,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pemuda Cawangan-Cawangan Dalam DUN Batu Buruk 2020 di Dewan Masjid Gong Tok Nasek semalam.

Mesyuarat Agung tersebut dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Asyraf Annawawi Ali selaku Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu (DPPKT) dihadapan kira-kira 60 orang pemuda dari cawangan-cawangan dalam DUN Batu Buruk.

Menurut Ahmad Firdaus,pahala-pahala yang kita dapat ini dikira sebagai sedekah jariah untuk dibawa kita bertemu Allah S.W.T di akhirat kelak.

“Konsep dakwah mengajak orang lain memakan masa yang lama dan tidak terjadi dalam masa yang terdekat dan memerlukan sifat sabar dalam menjalankan dakwah ini.

Sementara itu, Gerakan dakwah dan perjuangan Islam tidak akan mati, bahkan ia akan berterusan sehingga cita-cita serta matlamatnya dicapai.

Yang Di Pertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Ahmad berkata, pendekatan yang digunakan dinegara ini ialah melalui sistem demokrasi.

“Kepelbagaian pendekatan akan membentuk kematangan dalam perjuangan kita. Kerja- kerja selepas kerajaan dibentuk ialah bagaimana kita hendak perkukuhkan kerajaan.