PADU Harap Longkang Ditutup Segera!

2329

DUNGUN – Persatuan Pengguna Dungun (PADU) berharap agar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Dungun dapat membuat pemantauan berterusan dan mengambil tindakan segera menyelesaikan kerosakan infrastruktur yang melibatkan keselamatan orang ramai.

longkang tidak bertutupPengerusinya Haji Abd Hamid Ismail terkilan, kerana beliau sendiri pada telah terlibat dengan kemalangan ekoran longkang pinggir jalan yang tidak bertutup.

“Kejadian berlaku lebih kurang jam 11:30 malam, Sabtu malam Ahad 5 November, apabila kereta saya memasuki jalan di hadapan Mai Mai Karpet telah terjatuh ke dalam longkang yang tidak bertutup,

“jadi saya datang untuk buat laporan hari ini agar tindakan dapat diambil segera,”ujarnya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Pejabat JKR di sini hari ini.

Jahi Hamid buat laporanKatanya, Penolong Jurutera Daerah Wan Nor Afzan binti Wan yang menerima laporan tersebut bejanji akan mangambil tindakan segera.

“Beliau ucapkan terima kasih PADU atas kerjasama dengan pihak JKR beliau akan salurkan aduan kepada Jabatan Parit dan Saliran supaya duletakkan segera penutup konkrit supaya tidak hilang,”kata Haji Hamid.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly ketika dihubungi mengesahkan, beliau berada dikawasan terbabit ketika kejadian berlaku malam Ahad lalu.

Katanya, beliau bersama-sama beberapa orang yang lain, turut membantu mengeluarkan tayar kereta Haji Hamid yang ‘terperosok’ ke dalam lubang longkang itu.

Satu lagi longkang yang sedang menunggu mangsa.......
Satu lagi longkang yang sedang menunggu mangsa…….

“saya berada di situ dan saya kerana kejadian itu berlaku di hadapan mata saya, menunjukkan kelemahan pemantauan pihak yang bertanggungjawab,

“nasib baik tidak berlaku kemalangan yang lebih serius yang mungkin boleh menyebabkan keceseraan dan sebagainya,”tegasnya.

Justeru, beliau menyambut baik kesediaan pihak JKR Daerah yang dilaporkan setuju untuk menganjurkan satu pertemuan dengan semua wakil-wakil rakyat, bagi memberi taklimat tentang pembangunan infratruktur Dungun.

longkang tidak bertutup3“saya harap Jabatan dan agensi kerajaan lebih terbuka dan kritikal dalam memikir, sakarang sudah 106 hujung…..nak masuk 2017, bukan tahun 1970an atau tahun 1980an,

“para pegawai kerajaan ada berkhidmat kepada semua rakyat, tidak kira PAS tidak kira Umno atau orang-orang yang tidak berparti,”jelas beliau, apabila dimaklumkan tentang perkara tersebut.