Terengganu, Malaysia

‘Overseas Chinese Daily’ Menyemarakkan Perkauman

‘Overseas Chinese Daily’ Menyemarakkan Perkauman

Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyifatkan akhbar “Overseas Chinese Daily” yang menyiarkan gambar dua pemipin PAS dan UMNO yang menghina dan merendahkan imej serta menyemarakkan perkauman.

Ketua Penerangannya Ustaz Harun Esa berkata perbuatan tidak matang ini dipercayai dilakukan untuk mengelirukan rakyat dan memperlekehkan Himpunan Penyatuan Ummah antara PAS dan UMNO yang telah dimaterai pada 14 September 2019 yang lalu.

“Perkara ini dianggap unsur-unsur rasis dan sekiranya perkara ini terus menerus dilakukan tanpa ada sekatan dari pihak yang berkuasa ianya akan dikhuatiri merebak dan meyebabkan ketegangan kaum di Malaysia”.

“Pihak berkuasa untuk turut sama membantu dalam mengurangkan perkara seperti ini dari berlaku dengan sewenangnya”.ujarnya ketika ditemui hari ini.

Beliau juga menyarankan agar dititiberatkan Penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan yang menyeluruh perlu dilakukan segera agar dalang yang terlibat menerima akibat yang setimpal kerana cuba mencetuskan huru hara dalam keharmonian negara ini.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, parti politik dan pihak media untuk berpolitik dengan cara matang dan sejahtera”.

“Tinggalkan politik jijik dan perkauman sebegini yang akan menggugat kesejahteraan hubungan kaum dalam Negara ini”.katanya lagi

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan