KUALA NERUS – Siri Program Cakna Masyarakat anjuran Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu diteruskan lagi dengan DUN Seberang Takir menjadi destinasi seterusnya semalam, Sabtu 3 Mei 2014.


Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim ketika mengulas tentang program ini menyatakan, “Program Cakna Masyarakat Dun Seberang Takir ini adalah siri yang ketiga setelah sebelum ini program yang sama sebelum ini telah diadakan di DUN Air Puteh Kemaman dan Dun Jabi, Setiu.
Lokasi seterusnya adalah DUN Pengkalan Berangan, Marang pada 24 Mei nanti. Melihat kepada sambutan yang amat menggalakkan, tambah meyakinkan kita bagaimana platform kebajikan adalah antara wasilah terbaik untuk kita terus menyumbang bakti kepada masyarakat.


Pengerusi MTD Seberang Takir yang turut serta dalam program ini menyifatkan, sambutan dari masyarakat amat menggalakkan. Lokasi program pula berdekatan dengan Pejabat ADUN Seberang Takir yang dikira sebagai lokasi kubu kuat BN. Jangkaan awal bahawa orang ramai akan takut untuk hadir ternyata meleset, Kata Saudara Zakaria Dagang yang juga merupakan Penolong Setiausaha PAS Terengganu.
Turut memenuhi tentatif adalah program ziarah beberapa rumah ahli yang dalam keuzuran yang turut disertai sama Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Negeri, Pengarah MTD Sebarang Takir serta rombongan muslimat DUN.





























