Orang Muda Digesa Rebut Peluang Mendaftar Sebagai Pengundi Baharu

1261

Kaunter Pendaftaran Dibuka Ditapak HARAP 3.4

KEMAMAN – Anak-anak muda seluruh negeri Terengganu, terutamanya yang tinggal berdekatan pekan Kemasik, diseru untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih baharu.

Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu Al-Ghazali Abu Bakar berkata, untuk memudahkan pendaftaran tersebut, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan membuka kaunter pendaftaran di tapak Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.4).

“saya menyeru kepada seluruh anak muda Terengganu, yang telah mencapai umur 21 tahun ke atas, yang belum mendaftar………..boleh mendaftar terus tak payah pergi ke pejabat,

AlGhazali (kanan) berkata, amat penting kepada orang muda untk mendaftar sebagai pengundi sekarang
Al-Ghazali (kanan) berkata, amat penting kepada orang muda untk mendaftar sebagai pengundi sekarang

“kita dengan kerjasama SPR meembuka kaunter semakan dan kaunter daftar pemilih baru di tapak Himpunan Harapan Semua (HARAP) 3.4 depan Sekolah Kebangsaan Kemasik di sini,” ujarnya

Beliau berkata, kakitangan daripada pejabat SPR Terengganu akan turun bersama dalam menjayakan proses semakan dan pendaftaran pemilih.

Katanya, kaunter tersebut akan dibuka selama dua hari, iaitu pada hari Jumaat 30 September dan Sabtu 1 Oktober, antara jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang.

“(ini) bermakna sesiapa yang lahir pada tahun 1995 atau sebelumnya boleh mendaftar………hanya bawa kad pengenalan diri sahaja ke kaunter,

“InsyaAllah, proses (pendaftaran) tidak sampai 15 minit,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Karnival Jualan sempena HARAP 3.4 semalam.

Menurutnya, perkara tersebut amat penting bagi memastikan mereka yang mendaftar akan tersenarai sebagai pemilih, memandangkan Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 (PRU14) akan diadakan tidak lama lagi.

Ketanya, berdasarkan suasana politik semasa tanah air, PAS menjangka pilihan raya akan diadakan lebih awal pada tahun hadapan.

Munif dan four word
Persembahan Nasyid oleh Munif Hijaz dan Kumpulan Fourwords pada Majlis Pelancaran Karnival Jualan sempena HARAP 3.4

“kita menjangkakan PRU14 akan diadakan sekitar awal tahun 2017, sebab (oleh) itu, keperluan untuk mendaftar pengundi sekarang adalah amat penting,

“kerana masa yang ada sekitar dalam tiga bulan lagi masa yang ada untuk pengundi yang mebdaftar sekarang disahkan dan tersenararai dalam daftar pemilih baru,”jelasnya.

Oleh itu beliau menggesa orang-orang muda untuk merebut peluang dan kesempatan untuk menentukan kerajaan yang akan dipilih.

“rebutlah peluang yang ada ini untuk memastikan kita menjadi sebahagian daripada mereka yang akan merubah kegagalan kerajaan sekarang melalui undi kita pada PRU14 nanti,”tambah beliau