Orang Hulu Kenal PJ PAS Yang Baharu

2052

HULU TERENGGANU – Himpunan Harapan Untuk Semua PAS Ganti Umno (HARAP-PGU) 3.6 yang sedang berlangsung, hari ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baharu, Dato’ Ustaz Husain Awang.

Beliau melawat di tapak himpunan di Batu 24 dan kemudian melakukan ziarah ke kampung-kampung pilihan.

Paling menarik, apabila beliau menziarahi ke sebuah rumah penyokong Umno, beliau diberikan ucapan tahniah oleh tuan rumah atas perlantikan beliau sebagai pesuruhjaya yang baharu.

Ia menandakan, beliau dikenali oleh ahli dan penyokong PAS, namun ketokohan Ustaz Husain dimaklumi juga oleh orang Umno.

Ada juga rumah orang Umno yang terdapat timbunan akhbar Harakah, di ruang tamunya, menimbulkan tanda tanya, kepada rombongan pengiring, mungkin orang Umno inginkan suatu perubahan pada PRU kali ini.

Seperti program HARAP yang lalu, ziarah warga emas, orang sakit, ibu-ibu tunggal serta golongan yang kurang bernasib baik di kampung-kampung terpilih ini adalah salah satu daripada acara utama HARAP.

Selesai melawat tapak di sebelah pagi, Ustaz Hussein solat Jumaat di masjid Kampung Binjai Kertas bersama penduduk kampung tersebut dan kemudiannya dijamu makan tengahari oleh penduduk kampung.

Beliau kemudiannya disambut dengan mesra oleh tuan rumah termasuk imam kariah serta penduduk kampung yang beliau ziarahi.

Dato’ Hussein juga berkesempatan menjenguk beberapa orang sahabat lama beliau yang ada di sekitar Kampung Binjai Kertas dan Kampung Sungai Ular, sambil mereka mengimbau kembali nostalgia lama sesama mereka.

Turut mengiringi rombongan ziarah ini ialah isteri beluau, To’ Puan Hajjah Maliha Mohamad.