‘Orang Asal’ Gembira Menerima Kunjungan Dr. Najihah

2044

KUALA KANGSAR – Warga orang asal di kampung Bekor, Manong, dekat sini gembira menerima kunjungan calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, Dr.Najihatussalehah Ahmad.

IMG_20160529_230041Wakil penduduknya, Pandak Uda Bada, 50, berkata beliau seorang yang peramah dan mudah didekati.

“kami sangat gembira kerana Dr (Najihah) seorang yang peramah, lekang dengan senyuman, mudah didekati dan mesra dengan orang ramai………..dia tak ‘kekok’ bergaul dengan kami,”ujarnya.

Sementara itu, pemuda kampung tersebut Bahsi Uda, 27, berkata, beliau akan memberikan sokongan kepada calon PAS pada pilihan raya yang akan diadakan 18 Jun depan
“saya akan memberi sokongan kepada doktor (Najihah),”katanya .

IMG-20160529-WA0116Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu yakin dapat meningkatkan undi dari kalangan orang asal dalam daerah mengundi (Unit Peti Undi – UPU) Bekor.

“In sha Allah, berdasarkan sambutan dari para penduduk kepada program-program yang dianjurkan, saya yakin PAS dapat peningkatan undi di sini,

“hari ini…….kita melakukan aktiviti ziarah dan mengadakan perlawanan persahabatan diantara pemuda Kampung Bekor dengan para petugas dari negeri Terengganu,”jelasnya.

IMG-20160529-WA0083Manakala Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang berkampung di kawasan tersebut berkata, sebahagian daripada penduduk telah mengenali calon PAS.

Sambutan dan kerjasama dengan penduduk tempatan, kata beliau, adalah sangat baik
“Program kita dapat sambutan yang baik dari penduduk setempat. (Senanyak) tujuh pasukan sepak takraw telah mengambil bahagian.

“mereka keluar beramai-ramai meraikan program dan para petugas membahagikan ‘ole-ole’ dari Terengganu kepada penduduk yang hadir,”katanya.

IMG_20160529_225130Katanya, seramai 25 orang petugas dari PAS Kawasan Kuala Nerus dan Kawasan Besut akan tinggal selama seminggu bagi beramah mesra dengan penduduk setempat.

Dr. Najihah turut memberikan rawatan kesihatan percuma kepada penduduk dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlawanan sepak takraw.