Terengganu, Malaysia

Operasi Cegah Rempit Malam Tahun Baru

Operasi Cegah Rempit Malam Tahun Baru

KUALA TERENGGANU – Persatuan Kepolisan Komuniti Durian Burung (PKKDB) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa NGO yang prihatin akan mengadakan operasi besar-besaran untuk mencegah kegiatan ‘rempit’ dan ‘samseng jalanan’.

Pengerusi PKKDB berkata usahasama melibatkan sekurang-kurangnya tiga NGO, seperti GASAK, GANTI dan BANTU akan dilaksanakan pada malam ini 31hb Disember 2015, malam tahun baru masehi.

“Ia penting bertujuan mempertahankan pencapaian sudah hampir 5 bulan kegiatan rempit di jalan utama Durian Burung berjaya dibanteras.

IMG-20151231-WA0010“Ia turut telah berjaya menyumbang kepada kejayaan mengurangkan gejala yang sama di seluruh daerah Kuala Terengganu seperti pernah diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Dato’ Hashim Abdul Jalil bulan lalu,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama pelbagai pihak tersebut di surau Durian Burung di sini, lewat malam semalam.

Menurutnya, keghairan anak-anak muda sebagaimana kebiasaan yang membawa kepada perkara-perkara negatif dalam menyambut pertukaran tahun itu, perlu dibendung.

Beliau turut menyeru semua pihak tampil untuk bersama menyokong dan menyertai usaha ‘amar makruf, nahi mungkar’ ini, agara ketenteraman awam dapat dikekalkan.

“Penyertann mereka yang mempunyai kenderaan lasak pacuan 4 roda amat dialu alukan bagi menambah keberkesanan dan keselamatan operasi.

“Pusat berkumpul bagi tujuan ini bertempat di Surau Al Ikhlas ( Masjid Lama) Durian Burung, Kuala Terengganu dan waktu berkumpul bermula pukul 11.30 mlm untuk taklimat,”tambah beliau

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan